Nov 24, 2011

Ceramah agama..


.
.
.
(sambung dari artikel mana ntah...)


7. Kasih sayang.


Perasaan kasih sayang perlu ada di dalam rumah tangga. Suami menyayangi isteri dan anak-anaknya, begitu juga isteri mengasihi suami. Masing-masing memberi dan menerima kasih sayang. Jika kasih sayang sudah hilang maka kebahagiaan tidak akan dapat diwujudkan.


Apabila niat yang ikhlas dan matlamat  yang betul dan bersih untuk mencari keredaan Allah SWT dalam membina rumah tangga bahagia maka  Allah SWT akan mengurniakan sakinah, mawaddah warrahmah.


Firman Allah SWT maksudnya : "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah ar-Rum ayat 21)


Berdasarkan ayat di atas terdapat tiga (3) perkara pokok kurniaan Allah SWT kepada keluarga yang bahagia iaitu :


1. Sakinah yang dimaksudkan sebagai  Ketenangan,
2. Mawaddah bermakna sebagai  Cinta sejati
3. Warrahmah bermakna  Kasih Sayang


Sakinah bermakna kecenderungan atau kecondongan hati agar kedua suami isteri dapat beribadah kepada Allah SWT. Perasaan ketenangan dan kententeraman ini dikurniakan Allah SWT kepada suami isteri apabila mereka hidup bersama. Ketenangan adalah hasil dari iman dan takwa yang dibina bersama secara istiqamah dan tentunya mahligai rumah tangga akan damai tenteram serta semua masalah dihadapi dengan saling menghormati dan menghargai.


Mawaddah, adalah cinta sejati bermaksud menerima pasangan hidup apa adanya dan mencintai kerana mengharapkan semata-mata redha Allah SWT.  Insya Allah cinta yang terpateri dengan keimanan dan takwa tersebut akan  mampu mengatasi  ancaman, gangguan, dugaan dan berbagai masaalah kehidupan. Menerima apa adanya pasangan adalah kunci kebahagiaan bahtera rumah-tangga.


Warrahmah, salah satu sifat Tuhan Yang Maha Kasih Sayang yang di anugerahkan kepada hamba-Nya, agar dalam menempuh kehidupan rumah tangga selalu memancarkan kasih sayang dan kelembutan. Kasih sayang ke dua insan yang dipadukan dalam perkahwinan akan lebih bertaut ketika mendapat zuriat keturunan dalam kehidupan rumah tangga.


Amanah yang diberikan Tuhan Yang Maha Pengasih adalah keturunan yang harus dididik  dengan penuh kasih sayang diberi didikan iman dan takwa menuju kepada keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.


fuuhh..tu diaa..bolehkah kita menjadi seperti yang dikehendakiNYA? berusahalah.