Ni nak cerita pasal realiti.
Berapa ramai orang suka bercerita pasal realiti?
Maksudku,
Berapa ramai yang ikhlas nak cerita pengalaman buruk supaya orang lain jangan buat
ATAU
lebih suka "biarkanlah..nanti mereka akan RASAKAN..."
Tak paham? Geleng-geleng.
Ok.
Contoh,
zaman sekolah dulu, cikgu.cikgi tak pernah bagitau reason kenapa nak kena belajar subjek itu dan ini,
kenapa nak kena pandai itu dan ini, skop kerja bagaimana yang anda akan masuki? (ok, kalau sentuh pun bab skop kerja jadi DOKTOR je laah..wey, ingat senang ke nak jadi DOKTOR?dari 25 orang per kelas, berapa kerat sangat nak boleh jadi doktor...???haihh)
yang pasti korang mesti dapat EXCELLENT result SPM.
Dah dapat result excellent atau tak,
maka bermulalah episod pening kepala memilih laluan hidup!
Silap-silap terjun ke kos bukan-bukan (Diploma Pertanian, Diploma Tekstil yada yada...)
bukan bukan la kan?
Asal masuk universiti, dikira hero and heroin kampung!
Haiyaaa...
Paham maksud realiti?
Kali ini aku cuba kaitkan dengan realiti belajar-sekolah-masa depan.
senang je formula,
ko rajin, ko pandai, ko belajar semua subjek,ko kaut semua ilmu mana tau ko boleh guna bi;a-bila,
pastu ko pilih bidang mana ko suka, ekau BOLEH berjaya, ewaaah!
ko rajin, ko tak pandai, ko kena belajar semua subjek jugak sebab ko cuma RAJIN, pilih kos ape pun ko buleh berjaya sebab rajin..*budak Noob*
ko tak rajin, ko pandai, ko belajar ikut suka ko laa sebab ko genius cepat pick up, so hidup pasti berjaya...jangan malas belajar sangat sudah. tak ke mana pandai tu tanpa sedikit rajin.
ko tak rajin, ko tak pandai bermaksud, ko jangan ngada2 bagi alasan ko sudah berjaya jadi gangster remaja yang berjaya, baik ko gi masuk skol berunsurkan vokasional..up skit....skol teknikal..up skit lagi dah boleh masuk politeknik..dan seterusnya...
seee, siapa kata kita tak mungkin akan berjaya?
kecuali ada limitation aaa..mak bapak ko susah sangat ke..no komen.
back to reality,
zaman aku amik SPM, aku fokus subjek untuk membolehkan aku dapat 15 agregat ke bawah.
Aku dalam kategori mana aku tak tau, tapi alhamdulillah, aku berjaya,
so aku rasa aku work smart la (kadang-kadang)
back to that moment,
aku rasa aku dah sedar realiti masa depan masa tuh,
kalo aku bodoh, sampai ke tua aku akan bodoh, so sila belajar!
anda bagaimana?
so aku rasa aku work smart la (kadang-kadang)
back to that moment,
aku rasa aku dah sedar realiti masa depan masa tuh,
kalo aku bodoh, sampai ke tua aku akan bodoh, so sila belajar!
anda bagaimana?