Mar 18, 2011

Cabaran

Mak kata "camtu lah bela anaaakk, macam-macam hal"
Ayah kata "dari anak sampai ke cucu kena dukung"

Besar sungguh pengorbanan.
Itulah,
Dari dulu, mak bilang, pegi sekolah cikgu pun bilang,
mak ayah telah berkorban segalanya untuk kita sejak kita dalam perut ok!
Sebagai seorang perempuan muda (eceh) yang baru melalui fasa-fasa itu,
aku setuju 200%!!

Tak ada siapa suruh aku percaya tapi hasut untuk aku percaya ada laah,
sesungguhnya pregnant itu INDAH, muka glowing bagai, dilayan macam puteri bagai,
MEMANG INDAH ok!
Then hakikatnya semua kena tahu,
dah preggy, sebelah kaki dah masuk kubur tahu?
sakit sepanjang preggy ko tak yah cerita laa,
kalo ko tanya seorang wanita anak sepuluh pun, setiap kali dia preggy, macam2 cerita dia boleh cerita,
ko boleh wat cerpen pendek setiap satu!
Itu belum kira saat ko menanti kelahiran tuh,
kepada sesiapa yang belum pernah BERANAK,
tak yah la bayangkan, kalu tengok video kat youtube pun belum tentu ko akan faham macam mana PERITNYA bertarung nyawa untuk lahirkan seorang anak.
Sebab tu ganjaran besar kepada ibu-ibu yang tidak berjaya hidup selepas melahirkan, JIHAD ok. (sob..sob..sedih dan takut pulak)!
Sesudah lahir, lagi la ko tak dapat bayangkan ibu dan ayah sanggup berkorban apa saja demi anaknya,
merah sikit kat bontot anak pun dah panik!
Macam2 krim nak taruk tak nak kasi merah risau anak menangis padahal baby tu rilek jer tido :)

ok, aku stop sampai situ.
Sebab cetek sangat ilmu keibubapaan.
Memang full of pain lah untuk dapatkan seorang anak,
tapi INDAH dan NIKMAT yang diberi ALLAH lagii tak ternilai (mau tak ternilai, dah macam2 kena lalui..hik)

Sila hormati ibu bapa,
(readers kata, alaa..ayat biasa semua orang kata bila dapat anak)
Hello, ini HAKIKAT ok!

umm..sian bby ibu kena jangkitan kulit,
syyoohhh...cepat! Jangan sibuk hinggap di pipi anak i yang cute ituu...:)