Jan 1, 2010

Collision

Semua pelanggaran yang datang dari entah mana hala tuju membuatkan hidup berserabut tahun 2009 patut dibiarkan berlalu.

Mungkin perbuatan orang lain yang menyebabkan orang lain yang jadi mangsa dan sengsara walhal mereka2 itu terus bergelak ketawa atas ketidakmatangan yang belum sama aras (yang senior dan junior, yang tua dan muda, yang sama umur pun takda beza) membuatkan kita rasa diri terus diperbodohkan dan akan terus diperbodohkan. Hidup memperbodohkan orang dan diperbodohkan terus akan berlaku kerana cycle itu akan bermula semula tidak lama lagi.

Bila kita rasa kita hebat,kita sentiasa mahu tampak hebat sentiasa dahagakan pujian. Bila kita mula hilang sinar kehebatan, bermulalah episod drama menyusahkan orang yang lebih menyinar dari kita.
Drama drama drama.
Sebab itulah tajuk drama lain-lain tapi isi sama dan se'patern'.

Kadangkala kita rasa apa kita pakai semua cantik,sebenarnya cantik dimata kita sajalah.Kita akan buat apa sahaja untuk kita nampak sentiasa cantik.Beli yang baru bila mampu.Mix and match bila nak kesesuaian dengan sekeliling or kalau lebih keji, komen je kecantikan orang lain supaya orang lain akan mula membuat pertikaian siapa yang lebih cantik.Dengan harapan orang akan beri pujian atas kecantikan itu.Tapi, itu semua bergantung kepada mata masing2 untuk menilai.
Eh, cuba tukar cantik dengan bagus,camne?Faham?
Tak perlu paham kot sebab hidup memang complicated.

Bukan apa, kalau kita tak faham kenapa eclipse bulan sekali sekala berlaku, so apatah lagi nak faham kehidupan berduri macam buah durian.Banyak sangat duri tapi isi sedap!
Banyak sangat persoalan.
Semua kena kaji dan observe.
Semua sudut pun ada masalah dan sebab itu Allah suruh bersabar.
Sabar separuh dari iman.
Bila tenang, semua akan selesai.
Jelas dan terang.
Aman.
Senyum tenang.

Hari semalam dan hari ini tiada jauh beza.Hari-hari biasa buat kita.
Beza yang sedikit seperti hari ini adalah rebuild semangat yang telah hilang lenyap supaya kuat semula melawan semua cabaran.
Ya, cabaran akan terus wujud sebab kita manusia dan kelemahan2 plus setan yang terus memutarbelit sepanjang hayat kita akan terus menjalankan tugas2 mereka.

Serius,
semoga tabah menghadapi manusia2 yang cekal rasa cantik :)
sebab kadang2 diri kita sendiri rasa mahu juga nak cantik!

Tahun sudah berubah.
Matlamat juga perlu berubah.
Ubahlah selagi ada peluang wahai diriku.
Jauhkan la aku dari perasaan dendam dan hasad dengki dan terpelihara dari orang yang mempunyainya.
Tak mahu jumpa orang tak sepatutnya di dimensi baru dan yang boleh membuatkan terasa ingin menyulanya.

-switch-